ISKANDAR PUTERI: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini sebulat suara meluluskan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor yang akan dibarisi 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada pelbagai parti di negeri itu.
Cadangan penubuhan jawatankuasa itu telah dibahaskan selama lima hari bermula 19 Mac lepas dengan membabitkan kesemua 56 ADUN.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Speaker DUN Johor Datuk Samsolbari Jamali pada hari terakhir persidangan kali ini di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.
Terdahulu, semasa menyampaikan ucapan penggulungan, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu perubahan iklim adalah suatu perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian yang serius kerana ia turut memberi impak kepada kehidupan rakyat dan masa depan Johor.
"Jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh ADUN Pemanis Anuar Abd Manap ini akan berfungsi meneliti undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perubahan iklim dan pengurusan bencana banjir," katanya.
DEWAN-JOHOR (JAWATANKUASA) 2 (AKHIR) ISKANDAR PUTERI
Onn Hafiz yang juga ADUN Machap berkata jawatankuasa itu juga berperanan mengkaji inisiatif yang diambil dalam menangani perubahan iklim dan keberkesanan proses serta langkah mitigasi banjir di peringkat daerah dan negeri secara holistik.
Beliau berkata jawatankuasa itu turut akan mengkaji alternatif lain dalam menangani isu banjir kilat, banjir termenung dan banjir yang kerap berulang di satu-satu kawasan sekiranya berlaku hujan lebat yang berpanjangan.
"Malah jawatankuasa ini mengkaji penyelesaian yang boleh diambil bagi meminimumkan kerosakan harta benda dan infrastruktur akibat banjir merangkumi cadangan penempatan semula penduduk.
"Selain itu, jawatankuasa ini juga akan mencadangkan penambahbaikan yang boleh diambil oleh jabatan dan agensi berkaitan dalam menangani impak perubahan iklim dan banjir," katanya.
Menurut Onn Hafiz pembentukan jawatankuasa melibatkan tujuh ADUN kerajaan dan enam ADUN pengimbang itu sebagai menyahut peringatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, supaya bangsa Johor membudayakan amalan mesra alam, menjaga kebersihan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Ahli Jawatankuasa dianggotai Datuk Jefridin Atan (BN-Kukup), Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-Sri Medan), Nor Rashidah Ramli (BN-Parit Raja), Tan Chong (PH-Bekok), Selamat Takim (BN-Sungai Balang), Fauziah Misri (BN-Penawar), Datuk Mohamad Najib Samuri (BN-Parit Yaani), Chen Kah Eng (PH-Stulang), Gan Peck Cheng (PH-Penggaram), Amira Aisya Abd Aziz (MUDA-Puteri Wangsa), Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya) dan Alwiyah Talib (PN-Endau).
Pada 19 Mac lepas, Onn Hafiz dilaporkan berkata kerajaan negeri mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai ADUN merentasi parti politik, sebagai menyahut peringatan Sultan Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
DUN Johor kutuk tindakan Israel sambung serangan ke atas Gaza
DUN Johor kutuk tindakan kejam zionis setuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sukan Bangsa Johor diadakan di semua DUN Ogos ini
Empat acara sukan akan dianjurkan iaitu sepak takraw, futsal, bola keranjang dan pertunjukan sukan kavadi.
Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor ditubuh
Cadangan penubuhan jawatankuasa itu telah dibahaskan selama lima hari bermula 19 Mac lepas dengan membabitkan kesemua 56 ADUN.
Banjir Johor: Tiga fasiliti kesihatan masih tidak beroperasi
Dua fasiliti kesihatan tidak selamat beroperasi iaitu Klinik Desa Kundung Ulu, Tangkak dan Klinik Kesihatan Chaah, Segamat manakala Klinik Desa Sri Pandan dalam proses pembersihan.
DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Istilah pengimbang, lebih murni, lebih tepat, lebih komprehensif dan lebih futuristik untuk mewujudkan DUN yang lebih berwibawa.
Persidangan DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan 2023
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023.
DUN Johor ucap tahniah kepada dua ADUN dilantik Menteri, Timbalan Menteri
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Johor wujudkan hab permotoran di Ayer Hitam
Hab permotoran berkenaan melibatkan pembangunan di kawasan seluas 2.8328 hektar, di atas tanah milik Kementerian Dalam Negeri.
Pasca PRU15: DUN Johor ucap tahniah kepada PN, BN
DUN Johor hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Azman Nasrudin dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain atas kemenangan masing-masing.